Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.

Malangnya, aksi tidak elok itu telah membuat lelaki yang dikenali sebagai Darkasi, 34, dari Jambi, Indonesia itu ditangkap.

BERITA TRENDING: CCTV Dedah Parcel Hilang Kena Rembat Budak-Budak Flat, Penghantar Barang Bongkar – “Kisah Ini Memang Realiti..”

Namun apa yang terjadi selepas dirinya ditangkap pihak berkuasa adalah sebuah tindakan terpuji daripada pihak kedai apabila sudi memaafkan Darkasi.

Bukan hanya memaafkan dan menyelesaikan kes tersebut menerusi skema restorative justice (menyelesaikan secara sepakat), lelaki itu juga telah dihadiahkan 13 kotak susu.

Menurut kronologi kes, Darkasi telah masuk ke sebuah kedai serbaneka Indomaret sebelum mencuri sekotak susu dengan berat 900 gram. Dirinya bagaimanapun ditangkap pekerja dan diserahkan kepada polis.

Darkasi mengaku mencuri susu kerana tidak tahan melihat anaknya menangis kelaparan.

“Suspek tidak punya duit untuk beli susu buat anak yang kelaparan. Kasihan jadi atas kesepakatan dengan pihak Indomaret, semuanya selesai dengan aman dan damai,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Kompas.com.

Setelah masalah selesai, Darkasi kemudian diberikan 13 kotak susu sebagai hadiah.

PILIHAN PEMBACA: Netizen Geram Perangai Warga Asing Berjoli Pakai Kad Debit Orang Tercicir - "Kalau Aku Kena Memang Hantar Balik Naik Bot"