Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja

Gempak
23/08/2024 07:06 MYT
Bapa kepada dua orang anak yang dituduh mencabul rakan sekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat.

Tertuduh, Syamsul Syawal Hosnon, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.


Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai operator kilang didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun di sebuah kilang di Jalan Changkat Jong dalam daerah Hilir Perak jam lebih kurang 2 petang pada 12 Ogos 2024.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.



Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan menawarkan ikat jamin RM6,000 berserta syarat tambah tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili Peguam Khairul Anuar Musa memohon jaminan dikurangkan atas alasan perlu menanggung isteri dan dua anak selain kos perubatan ibu bapanya dengan pendapatannya hanya RM1,800 sebulan.



Beliau turut menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Berdasarkan laporan polis, tertuduh memegang punggung mangsa ketika wanita itu yang bertugas sebagai penyelia sedang memantau bahagian pengeluaran di kilang terbabit.

Mangsa memarahi tertuduh, namun lelaki itu hanya ketawa. Mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis demi keselamatan diri.



Sumber: Sinar Harian

#Cabul #Gangguan Seksual #Bapa Dua Anak