Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

Maliah Surip
05/10/2024 11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.

Lelaki dengan pengenalan RA itu menjual bayinya yang baru berusia 11 bulan tanpa pengetahuan isterinya di Tangerang, Indonesia.

Sebaik menyedari anaknya ‘hilang’ isteri RA membuat laporan polis dan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan bayi yang dijual kepada pasangan berusia 32 dan 30 tahun pada 3 Oktober lalu, lapor Detik.com.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana usaha pantas menyelamatkan anak saya. Saya buat laporan pada 30 Oktober dan 3 September telah mendapat semula anak yang dijual suami,” kata wanita itu.

Menurut pengakuan, RA memberitahu telah menjual bayinya pada harga RM4,050 selepas melihat pasangan suami isteri yang dikenali sebagai HK dan MON mengiklankan keinginan membeli anak di Facebook.

Pasangan tersebut mahu membeli anak selepas berkahwin selepas setahun tetapi tidak dikurniai zuriat.

Mereka kemudian mencapai persetujuan dan RA menjual anaknya pada harga yang ditetapkan.

“Pasangan itu sudah berkahwin selama setahun dan tidak mempunyai zuriat. Jadi nekad membeli anak,” dakwa RA.

‘Perniagaan’ tiga individu tersebut berhujung kandas dan mereka kini ditahan pihak berkuasa tempatan dengan dakwaan di bawah Undang-Undang Perlindungan Anak yang membuat kesemuanya diancam penjara 15 tahun.
#Viral #Anak #Bapa #Jual #Zuriat
;