Bapa kepada penyanyi popular Faizal Tahir dan penyampai radio Anas Tahir, Dr. Tahir Ab Rahman meninggal dunia pada pagi Selasa.

Allahyarham Dr. Tahir menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.

Berita duka tersebut turut dikongsi Faizal dan Anas menerusi laman sosial Instagram masing-masing dan telah menerima ucapan takziah daripada sahabat dan pengikut.

Allahyarham merupakan adalah anak jati Terengganu dan bekas pensyarah di Universti Malaya dan aktivis Aqsa Syarif.

Ketika hayatnya, Allahyarham sangat dikenali kerana kebaikan dan kegigihan amal dakwah dan kebajikan beliau.

Beliau juga pernah menjalankan misi ke Gaza, Palestine bersama ALP MyCare, dan di medan-medan amal yang lain.