gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aaron Kwok Beri Isteri Bonus RM55 Juta & Kad Kredit Tanpa Limit, Hamil Anak Lelaki
VIRAL
Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"
HIBURAN
Hanya Wajah ‘Bersih’, Adam Levine Berhenti Cacah Tatu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
15/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
Pelawak Amir Raja Lawak mendedahkan dia terpaksa bersuara mengenai bayaran RM18,000 yang belum dilangsaikan oleh stesen TV disebabkan keadaan kesihatan bapanya.

Kanser usus

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir menuntut bayaran sepenuhnya daripada pihak terbabit disebabkan mahu menanggung kos rawatan bapanya kini menghidap kanser usus.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup - “Dengan Kereta Inilah, Saya Pergi Berniaga Air”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Pakai Duit Segera, Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak RM18,000 - “Saya Bukanlah Seorang Yang Suka…”

“Sila clear kan bayaran saya secepat mungkin! Abah saya kena kanser usus! Saya nak RM18,000 solid tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.

“Ini soal hidup dan mati abah saya, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah. Tak minta duit kamu, saya tak mintak pinjam duit, yang saya minta adalah duit saya! Hak saya!

“Dari awal abah saya warded, saya dah maklum pada diorang, saya mesej tunjuk keadaan abah saya, tapi kena sidai tanpa ada maklum balas positif,” katanya.

Ditawar bayar RM3,000 dahulu

Pada perkongsian yang sama, Amir memberitahu pihak terbabit ada menawarkan untuk membayar RM3,000 terlebih dahulu namun dia menolak tawaran itu.
Menurut Amir, dia bimbang sekiranya pihak terbabit menangguh lagi untuk membayar baki tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Minggu lalu selepas viral ada diorang nak bagi RM3,000 dahulu, tapi saya tak nak. Kenapa saya tak nak? Sebabnya sebelum ni diorang pernah bagi RM5,000 awal tahun lalu.

“Lepas itu setahun lebih sampai sekarang ni belum dapat apa-apa tambahan lagi. Jadi, kenapa saya perlu ambik RM3,000? Dah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang. Sebab saya emergency!

“Tak perlu saya jelaskan macam mana keadaan abah saya, atau apa yang kami sekeluarga tengah hadap, korang boleh tau keadaan pesakit kanser usus ni macam mana,” katanya.
Dalam pada itu, Amir turut mendoakan agar keadaan bapanya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Sebelum ini, Amir mendedahkan dia masih belum menerima bayaran RM18,000 daripada sebuah stesen TV.
Menerusi perkongsian di IG, Amir memberitahu jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM23,000 namun dia hanya menerima RM5,000 sahaja pada awal tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Amir Raja Lawak
#Bayaran
#Kanser Usus
#Stesen TV
#Bapa Amir Raja Lawak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement