Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bapa Irma Hasmie Meninggal Dunia Kerana Kanser Lymphoma

Ahmad Shah
22/07/2016 07:13 MYT

Bapa pelakon Irma Hasmie, Ibrahim Othman meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5.23 pagi Jumaat.

Menerusi akaun Instagram Irma, pelakon tersebut menjelaskan Allahyarham Ibrahim meninggal dunia selepas tujuh bulan menjalani rawatan kanser Lymphoma.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh.

Dalam pada itu Irma turut memohon kenalan atau sahabat yang mengenali bapanya supaya mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Takziah dari kami di Astro Gempak kepada Irma dan keluarga, semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


#Meninggal Dunia #Irma Hasmie