Penyanyi Najwa Mahiaddin yang kini dikenali sebagai NJWA menerima ucapan tahniah selepas bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 29 Februari lalu.

Ucapan tahniah tersebut diberikan kepadanya menerusi ruangan komen dalam satu entri kemas kini terbaharu Najwa di akaun Instagram (IG) peribadi miliknya.

Rata-rata berbangga dengan pelantikan tersebut selain mengucapkan tahniah kepada bapanya serta keluarga.

“Alhamdulilah tahniah Najwa dan keluarga.

“Bapa kamu Perdana Menteri Malaysia! Tahniah

“Tahniah buat bapa kamu,” antara komen yang diberikan.

Komen itu diberikan di dalam entri terkininya yang dimuat naik enam hari lalu sebelum pelantikan bapanya sebagai Perdana Menteri.

Pun begitu, Najwa yang popular dengan lagu Got To Go tidak membalas atau memberikan sebarang respon terhadap komen-komen tersebut.

Malah Najwa sendiri tidak memuat naik sebarang entri mengenai pelantikan bapanya itu.

Muhyiddin telah memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri hari ini (pagi tadi).