Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bapa Kecewa Anak Cedera Lepas Dijemput Dari Taska, Netizen Pula Suruh Report Polis - “Ibu Bapa Kena Berani”

Izwan Isa
09/07/2022 13:50 MYT
Mungkin bagi ibu bapa yang bekerja, menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh adalah cara terbaik sepanjang ketiadaan mereka mencari rezeki.

Tentulah mereka mengharapkan anak-anak mereka dijaga dengan baik sementara mereka di pejabat menyudahkan kerja harian.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang bapa baru-baru ini. Menerusi perkongsian di media sosial, bapa itu memberitahu yang anaknya mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan ketika mahu mengambilnya dari sebuah taska.

“Anak baru 10 bulan. Staff dua orang, tiga skali pengurus. Tapi pengurus jarang ada. Budak ada dekat 20 orang jarang berlaku. Tapi dekat sini berlaku. Bila tanya masa nak bawa masuk kemain cakap satu cikgu tiga orang jer baby.

“Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok CCTV alasan CCTV tidak bayar... Dahlah waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambik lambat anak haritu tentu tahan sakit lagi lama.

Menurut bapa berkenaan, anaknya itu mengalami lapan kesan gigitan termasuk ada kecederaan pada telinga.

“Tidak bertanggungjawab langsung. Lapan kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan gigit, telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit juga.

“Tangan kanan empat kesan gigit, tangan kiri satu kesan gigit. Ni bukan jaga dengan baik. Ni biar kan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas jer nak jadi apa, jadi jer. Ini nyawa manusia,” tulis bapa itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kasihan terhadap bayi berkenaan.

“Kesiannya baby. Sebaya anak saya. Tukarlah nursery secepat mungkin. Bagi orang yang kita percaya jaga anak buat sementara. Kesian sangat baby ni mesti trauma.”

“Ibu bapa kena berani… buat report polis. Polis sangat ambil berat kes kecuaian di taska dan tadika. Immediately akan ada inspektor pergi ke taska bersama ibu dan ayah baby. Jangan risau, biar pihak berwajib jalankan tugas. Confirm pengurus dan pekerja kene reman, masuk lokap tujuh hari.”
#Taska #Anak Cedera
;