Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Lan Solo Meninggal Dunia, Bakal Sibuk Dengan Urusan Pengebumian

Syafiqah Jalal
29/07/2021 00:22 MYT
Bapa kepada Lan Solo, Mohamed Yusof Isa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4 pagi tadi di Hospital Taiping, Perak.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Lan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Abah saya Mohamed Yusof Isa atau dikenali sebagai PakTam..telah pergi mengadap Ilahi..

“Abah saya menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00 pagi tadi di Hospital Taiping.

“Mohon doa & sedekahkan Afatihah untuk Abah saya..,” katanya.

Tambah Lan lagi, dia bakal sibuk sepanjang hari ini untuk urusan pengebumian jenazah.

“Sepanjang harini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian jenazah. Moga dipermudahkan segala,” beritahunya lagi.

Dalam masa yang sama menerusi akaun IG milik isterinya Sheila Hassim turut memaklumkan khabar yang sama.

Dalam entri tersebut, Sheila memuat naik foto Lan yang kelihatan sedang menunggu di pintu wad hospital.

Lan mendirikan rumah tangga dengan Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

#Meninggal Dunia #Solo #Ayah #Bapa #Jenazah #'Lan
;