Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia
Izwan Isa
17/12/2021 05:21 MYT
17/12/2021 05:21 MYT
Bapa kepada Liyana Jasmay, Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan telah meninggal dunia di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi.
Menurut sumber terdekat, Jasmay meninggal dunia kerana sakit kanser paru-paru.
“Dia meninggal dunia di kediamannya sekitar tengah hari. Namun, saya tidak tahu masa yang sebenar.
“Dia juga menghidap kanser tersebut sudah lama, tetapi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar sumber.
Terdahulu, Liyana pernah memuat naik hantaran di Facebook mengucapkan selamat hari lahir buat ayahnya pada 21 September lalu.
Menerusi hantaran berkenaan, Liyana juga memohon agar peminat mendoakan ayahnya yang baik-baik.