Anak kepada arwah Ridzuan Hashim, Dhaniyah memaklumkan bapanya meninggal dunia di kediaman sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Dhaniyah memberitahu jenazah bapanya masih berada di bilik forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Arwah bapa disyaki terkena serangan jantung. Kami kini berada di HKL dan masih menunggu arwah selesai proses bedah siasat. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung sebelum ini.

“Setakat ini saya belum dapat kongsi lebih lanjut. Tunggu ibu akan update di media sosial dari masa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, bekas isterinya, pelakon Didie Alias memaklumkan jenazah dikafankan di surau kuarters HKL dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat.

“Sesiapa yang ingin melawat arwah buat kali terakhir boleh berkumpul di Masjid Batu 16 Hulu Langat. Solat jenazah di sana,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Ridzuan Hashim disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 1.57 petang tadi dan jenazah bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat.