Hiburan
Bapa Mentua Sheila Rusly Meninggal Dunia, Banyak Jasa Pada Orang Kampung... "Nak Kahwin Dulu Cari Dialah..."
Bapa mentua kepada pelakon, pengacara dan penerbit Sheila Rusly meninggal dunia pada Sabtu.
Perkara itu dikongsikan Sheila, 48, menerusi akaun Instagramnya.
"1934-2020. Innalillahiwainnaillahirojiun. Selamat tinggal Ayah, terima kasih kerana mendidik suami ila jadi macam Ayah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah," tulis Sheila.
Sementara itu, suami Sheila, Jinggo turut berkongsi luahan sedihnya di Instagram.
"Selamat jalan Ayah... Saya akan ambil tempat Ayah... Insya-Allah," tulis Jinggo.
Khabar duka itu turut dirasai rakan selebriti yang mengutuskan doa dan ucapan takziah kepada pasangan itu.
Malah, orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah dan berkongsi pengaruh arwah yang disapa mesra penduduk setempat sebagai Pak Ya.
"Allahu.. banyak jasa arwah dulu, nak kahwin dulu cari dialah isi borang bujang," tulis @qina_an.
"Salam takziah Kak Sheila dan famili... Saya orang Menglembu, kenallah dengan arwah Pak Ya," tambah @mieschaqalisha.
Gempak turut mengucapkan salam takziah kepada Sheila sekeluarga.