Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bapa Mertua Aliff Aziz Masuk Hospital, Bella Astillah Minta Netizen Mendoakan Kesembuhan Bapanya

Asraf Aided 10/10/2018 | 09:10 MYT
Penyanyi dan juga isteri kepada selebriti popular Aliff Aziz, Bella Astillah memohon orang ramai mendoakan kesembuhan untuk bapanya yang sedang terlantar sakit di hospital.
Kenyataan itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Salam semua, doakan ayah saya cepat sembuh," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya telah mendoakan kesembuhan untuk ayahnya dan memberi kata-kata semangat terhadap Bella.
"Semoga Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.
"Semoga Ayah Bella cepat sembuh.
"Semoga ayah Bella sembuh dan sihat seperti biasa," antara komen netizen.

Salam semua, doakan ayah saya cepat sembuh?

A post shared by Bella Astillah (@bellaastillah) on

Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik sebuah video di Instagram Stories mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya menerusi media sosial dan mesej-mesej yang dikirim secara peribadi.
#Aliff Aziz #Bella Astillah
;