Bapa Michael Jackson Meninggal Dunia

Amri Hassan
Jun 28, 2018 09:27 MYT
Bapa kepada mendiang Micheal Jackson, Joe Jackson meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Joe meninggal dunia dipercayai akibat daripada penyakit kanser pankreas yang dihadapinya.
Kematiannya disahkan sendiri oleh anak perempuannya, La Toya Jackson.
Namun begitu, tidak ada maklum balas oleh waris keluarga ketika diminta untuk memberikan komen.
Ibu bapa kepada Micheal Jackson, Joe dan Katherine Jackson telah bercerai pada tahun 2010 selepas berkahwin selama 60 tahun.
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: bnbbc.com
#Kanser #Bapa Michael Jackson