Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia - “Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Bapa Saya”

Ainun
27/10/2024 02:41 MYT
Penyanyi rap, MK K-Clique memaklumkan bahawa bapanya, Hamdan Haji Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, memohon agar peminat sedekahkan doa buat ayahnya yang sudah kembali ke rahmatullah.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Haji. Abdul Razak dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Allahumma Aamiin,” doanya menerusi hantaran di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan-rakan artis mengucapkan salam takziah buat MK dan sekeluarga serta mengirimkan doa buat arwah bapanya.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:



Dalam perkongsian tersebut, penyanyi rap dan juga pelakon itu sempat memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan keranda bapanya berada di dalam van jenazah serta dia tidak mendedahkan sebab pemergian bapanya.

#Meninggal #Bapa #Dunia #MK K-Clique #MK
;