Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bapa Nicki Minaj Maut Kena Langgar Lari

Maliah Surip
15/02/2021 05:50 MYT
Bapa rapper Nicki Minaj, Robert Maraj dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di New York.

Sewaktu kejadian, Maraj yang berusia 64 tahun sedang berjalan seorang diri di Mineola di kawasan Long Island sekitar pukul 6.15 waktu tempatan pada Jumaat lalu.

Dia kemudian dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak memberhentikan kenderaan yang dipandu, lapor The Guardian.

Akibat kemalangan tersebut, Maraj telah dikejarkan ke hospital. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Saat ini polis sedang menjalankan siasatan dengan mencari saksi yang melihat kemalangan tersebut.

Minaj, 38, dilahirkan di Trinidad namun dibesarkan di New York.

Setakat ini Minaj belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian malang yang telah menimpa bapanya.

Kredit Foto: Getty Images



#Hollywood #Nicki Minaj #rapper #Langgar Lari #Mati #New York