HIBURAN
Bapa Penyanyi Kanak-Kanak Popular Ditangkap Judi Online
Bapa kepada penyanyi kanak-kanak popular Indonesia, Joko Suyoto ditangkap pihak berkuasa Banyuwangi, Jawa Timur selepas didapati terlibat dengan jenayah judi di atas talian.
Joko yang ditangkap bersama isteri dan beberapa pelanggan di kediaman mereka merupakan ayah kepada Farel Prayoga yang dulu merupakan seorang penyanyi jalanan.
Farel Prayoga adalah penyanyi kanak-kanak yang menjadi terkenal dan membuat lagu berjudul Ojo Dibandingke tular di media sosial beberapa tahun lalu. Berkat lagu milik Abah Lala yang dinyanyikan, Farel telah diberi peluang membuat persembahan pada perayaan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia ke-77.
Bercakap mengenai penangkapan ayahnya, penyanyi yang kini berusia 14 tahun mengaku tidak terkejut. Dia sebaliknya memberitahu Detik.com berharap agar sikap ayahnya berubah menjadi lebih baik.
“Sebagai anak, saya rutin mengirimkan wang kepada ayah atau keluarga di kampung setiap bulan. Saya sudah bekerja jadi saya mempunyai hak memberi mereka wang.
“Tapi apa yang mereka lakukan dengan wang yang saya kirim, saya tidak tahu. Ia kembali kepada bagaimana mereka menguruskannya.
“Sejujurnya saya secara peribadi tidak terkejut. Saya harap dia boleh berubah,” ujar Farel.
Media tempatan melaporkan ayah Farel ditahan pada Selasa lalu bersama bahan bukti perjudian atas talian termasuk telefon bimbit yang disita.
Must-Watch Video