Bapa Positif COVID-19 Kategori 5B, Ashraf Muslim Mohon Doa, “Belum Sedia Terima Perkara Tak Diingini”
Mya Amri
20/09/2021 04:45 MYT
20/09/2021 04:45 MYT
Pelakon Ashraf Muslim berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan bapanya, Hj Muslim Bulat yang dijangkiti COVID-19.
Ashraf memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Ashraf, jangkitan bapanya kini disahkan berada dalam kategori 5b.
“Ya Allah… Hari ini bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu. Puas pujuk hati tetapi gagal juga pagi ini.
“Memang pagi ini saya paksa diri untuk sampaikan berita ini. Saya mohon maaf dan meraih doa anda semua mendoakan ayahandaku, Hj Muslim bin Bulat.
“Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya. Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah ku lakukan tapi Ya Allah aku belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan sekarang adalah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa…” coretnya.
Sebelum ini, Ashraf juga pernah dijangkiti COVID-19 pada April tahun lalu dan sembuh selepas menerima rawatan.