Bapa kepada pelakon Puteri Aishah, Sulaiman Hj Ab Rahman dilaporkan telah meninggal dunia kira kira jam 8:35 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi satu muat naik di Instagram Stories miliknya.

“Pada sesiapa yang ayah saya, Sulaiman Bin Hj Ab Rahman, ayah saya baru saja meninggal dunia jam 8:35 malam.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan yassin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, berita tersebut turut disahkan oleh pengurus Puteri Aishah iaitu Iman Tang. Namun punca kematian masih tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, cubaan Iman Tang dan Gempak sendiri untuk menghubungi Puteri Aishah tidak berhasil.

“Yup betul, ayah dia sudah meninggal malam tadi di Hospital Kuantan, Pahang. Tapi sakit apa dan punca itu saya masih tak dapat nak pastikan. Sebab saya text dan call dia tak jawab. Ya kita faham mungkin dengan keadaan masih bersedih sebab itu tak angkat.

“Jenazah berkemungkinan akan dikebumikan hari ini juga,” kata Iman Tang ketika dihubungi Gempak.