Bapa Rita Sosilawati Meninggal Dunia Pada Tarikh Hari Jadi - "Allah Lebih Sayang Abah"
Amri Hassan
01/10/2022 07:45 MYT
01/10/2022 07:45 MYT
Bapa kepada usahawan terkenal Datin Rita Sosilawati, Buhari Mohamed telah meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.
Khabar duka itu dikongsikan Rita menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
"Hari ni abah saya “BUHARI BIN MOHAMED” telah kembali ke rahmatullah pada 6.30 pagi tadi pagi..
"Allah lebih menyayangi diri abah.. dan lebih menyedihkan abah pergi pada hari 'birthday abah 1 October 1949'.
"Doakan supaya proses pengebumian abah saya dipermudahkan dan lancar.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabb," tulis Rita.
Menurut laporan mStar, Allahyarham difahamkan meninggal dunia kerana penyakit kencing manis.
Jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang pada pukul 12 tengahri dan disembahyangkan selepas solat Zohor tadi.
Rita merupakan anak sulung kepada lima beradik dan jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.