Bapa Sahkan Aiman Tino Bakal Berkahwin Esok! - "Saya Yakin Dia Sedia Galas Amanah Sebagai Suami"
Gempak
26/04/2023 04:50 MYT
26/04/2023 04:50 MYT
Bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengesahkan anak terunanya bakal menamatkan zaman bujang pada Khamis.
Bercakap kepada Kosmo!, Yusri memberitahu anaknya itu sedang menghitung hari untuk bergelar suami biarpun diulit rasa debar.
"Biasalah, setiap bakal pengantin terutama lelaki akan berdepan pelbagai perasaan menjelang hari akad nikah. Jadi itu perkara biasa yang saya katakan pada Aiman.
"Saya yakin dia sudah bersedia menggalas amanah sebagai suami, selain pada masa sama rancak mengatur persediaan untuk majlis pernikahan dan resepsi mereka," katanya.
Majlis akad nikah penyanyi Ku Reka Dibenci dengan rakan kongsi perniagaannya itu bakal berlangsung di sebuah dewan acara di Segambut pada Khamis ini, sekitar pukul 5 petang.
Kata Yusof, majlis resepsi pula bakal diadakan di Shah Alam, Selangor dengan menjemput 750 tetamu membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei ini.
Pada awal Februari lalu penyanyi berusia 25 tahun itu mendedahkan mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada pertengahan tahun ini.
Menyingkap bibit pertemuan Aiman dan Syarah, mereka diperkenalkan kawan pada 2019 sebelum sepakat menjadi rakan bisnes perniagaan penyanyi itu sebelum melangkah ke fasa bercinta.
Sumber: Kosmo!