Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bapa Sasha, Zain Saidin Meninggal Dunia Kerana Komplikasi Jantung

Ahmad Shah 11/05/2016 | 04:16 MYT

Bapa kepada pelakon Sasha dan Zain Saidin meninggal dunia di Hospital Melaka pada malam Rabu, akibat komplikasi jantung.

Sasha yang dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatapps berkata arwah bapa kesayangannya itu telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.45 malam.
"Dengan rasa sedih saya ingin beritahu bapa saya telah meghembuskan nafas terakhir pada jam 8.45 malam.
"Saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang menberikan doa dan kata-kata semangat kepada kami," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Sasha lagi, kali terakhir dia bertemu arwah kira-kira 3 minggu lalu ketika ayahnya itu bercuti ke Kuala Lumpur.
Jenazah Mohamad Saidin Osman, 69, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibukota, Danau Kota sebelum Zohor, hari ini.

#Zain Saidin
;