"Bapa Saya Pernah Menyanyi Dalam Masjid" - Priyanka Chopra
Amri Hassan
21/03/2021 06:49 MYT
21/03/2021 06:49 MYT
Tindakan pelakon Bollywood, Priyanka Chopra mengulas mengenai agama di India mencetuskan ketegangan umum di media sosial.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan ayat yang dituturkan Chopra dalam temubual bersama Oprah Winfrey baru-baru ini.
Chopra yang diundang sebagai tetamu ditanya Winfrey memberitahu dirinya melalui perjalanan spiritual yang hampir sama dengan semua agama di negara asalnya.
Pelakon filem Dostana itu ditanya sama ada dia punyai asas spiritual yang kukuh memandangkan di India punyai banyak agama berbeza.
"Saya rasa ya. Di India sukar untuk tidak (punyai asas spiritual). Kamu betul. Dengan pelbagai agama yang kami anuti, kami hidup aman damai.
"Saya membesar di sekolah convent. Saya sedar mengenai Kristian. Bapa saya juga pernah menyanyi di dalam masjid, saya sedar tentang Islam.
"Saya membesar dalam keluarga Hindu, saya pun sedar mengenainya. Spiritual menjadi bahagian terbesar di India yang kamu tak boleh abaikan," katanya dalam teaser 2 minit rancangan bual bicara itu.
Kata-kata Chopra dianggap tidak tepat dan ramai yang beranggapan pelakon itu tidak punyai pengetahuan mendalam tentang agama.
Sebelum ini pun, Chopra pernah dilabelkan sebagai jahil tentang isu semasa apabila menyokong kekejaman sedangkan dirinya dilantik sebagai duta Unicef.
Ketika ketegangan antara negara India dan Pakistan, Chopra difahamkan menyokong peperangan dan pernah memuat naik ciapan berbunyi 'Jai Hind!' #IndianArmedForces.
Rancangan bual bicara Winfrey bersama Chopra itu bersiaran pada 20 Mac sempena dengan siri SuperSoul.
Sumber: Images

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.