Bapa kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Basir Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 1.40 pagi, Rabu.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkannya sendiri menerusi akuan Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz meluahkan rasa sedihnya atas pemergian bapanya yang tercinta.
“Wira saya telah pergi dengan tenang pada pukul 1.40 pagi tadi. Ayah saya tidak pernah berputus asa untuk melawan, tetapi jantungnya akhirnya berhenti berdegup. Dia akan selamanya menjadi wira dan juara saya.
“Sekarang, ajarlah saya untuk menjadi seorang bapa yang hebat seperti papa dari syurga ya,” kongsinya di Instagram.
Jenazah kini dibawa pulang ke kampung halamannya, di Georgetown, Pulau Pinang dan akan dikebumikan selepas solat asar.
Rakan-rakan artis turut menzahirkan ucapan takziah buat pelakon tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad sempat berkongsi keadaan bapanya ketika sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.