Laman Utama
Bapa Ummi Nazeera Meninggal Dunia
Bapa pelakon Ummi Nazeera iaitu Zainul Abadin Mat Akhir, 60, meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada jam 12 malam, Jumaat.
Ummi berkongsi mengenai berita duka tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang semalam, selepas pengkebumian bapanya.
"Innalillah wainna ilaihirojiun. Untuk pengetahuan semua, ayah kandung saya Zainul Abadin Mat Akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi.
Sementara itu Ummi ketika dihubungi Gempak berkata dia sempat bertemu bapanya buat kali terakhir pada pukul 9 malam di hospital.
“Saya sempat bertemu arwah di hospital dan kemudiannya meminta izin untuk pulang ke rumah.
“Tapi lepas beberapa minit tiba di rumah, abang saya telefon dan beritahu papa dah tak ada,” katanya.
Menurut Ummi, 30, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat komplikasi penyakit kronik.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur- Karak pada pukul 10 pagi, semalam.