Aktor Shaheizy Sam mencuri perhatian wargamaya apabila dilihat berenang di dalam kolam renang anakya.

Menerusi laman sosial Instagram, Sam berkongsi video boomerang aksinya berenang untuk tatapan umum.

“Aktiviti senaman tetap diteruskan bagi menjaga penampilan yang tampan dan bergaya,” tulis Sam sebagai kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi Sam yang sudah memasuki hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Aktiviti senaman tetap diteruskan bagi menjaga penampilan yang tampan dan bergaya

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

“Amboi, bukan anak, bapaknya yang pulun mengayuh,” usik seorang wargamaya.

“Nampak sangat stress PKP tu bro,” kata seorang wargamaya.

“Uish, tu berenang ke bergaduh?” tanya seorang wargamaya.

“Kolam besar tu boleh berenang pi mana ja?” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 140,000 tontonan.

Untuk rekod, Sam dan isterinya pelakon Syatilla Melvin berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 1 tahun.