Tergamak bakar rumah! Itu sikap baran seorang isteri di Thailand apabila sanggup membakar kediaman rakan kepada suaminya.

Menerusi laporan Pattaya Mail, kejadian dipercayai berlaku di daerah Bang Lamung.

Berdasarkan keterangan mangsa, Parichat Yongpanya, 33, ketika kejadian dia dan dua anak perempuannya sedang tidur di dalam rumah.

Menurutnya, secara tiba-tiba wanita itu masuk dengan membawa sebotol petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.

Menyedari wanita tersebut seolah-olah hilang kawalan, Parichat dan anak perempuannya sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Jelasnya, suami wanita tersebut yang juga rakannya itu biasanya mengunjungi rumahnya, namun tidak datang pada hari kejadian.

Perkara itu mungkin mengecewakan suspek hingga terdesak membakar rumah Parichat.

Difahamkan, polis kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dan merancang untuk menahan suspek dalam masa terdekat bagi memfailkan pertuduhan.

Sumber : Pattaya Mail