Berita

“Baru 2 Hari Kenal, Dia Dah Cakap Sayang...”- Pelakon Baharu Dedah Jadi Mangsa Permainan Cinta Aliff Aziz

gempak
Syafiqah Jalal
30/09/2019
23:20 MYT
Sponsor Banner
“Baru 2 Hari Kenal, Dia Dah Cakap Sayang...”- Pelakon Baharu Dedah Jadi Mangsa Permainan Cinta Aliff Aziz
Pelakon baharu, Christine Joanne mendedahkan telah menjadi mangsa permainan cinta pelakon Aliff Aziz.
Pendedahan yang dibuat di laman Twitter itu telah mengundang perhatian warganet.
Joanne merungkai kronologi perkenalannya dengan penyanyi yang berasal dari Singapura itu selepas Aliff berpisah dengan Bella Astilah.
Menurutnya, perkenalan mereka bermula menerusi Instagram pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi itu.
Joanne memberitahu, Aliff selepas itu seperti mula mendekatinya dengan meminta nombor telefon peribadi dan mereka telah berkongsi beberapa perkara peribadi.
Apa yang mengejutkannya, meskipun baru berkenalan, namun Aliff sudah menyatakan rasa ‘sayang’ kepadanya.
Berikut merupakan pendedahan lengkap wanita tersebut:
Aliff bagaimanapun mula berubah apabila sudah mengendahkannya selepas berjumpa kembali dengan Bella dan anaknya Ayden.
Jelas pelakon itu lagi, pendedahan itu terpaksa dibuat kerana ramai berhak untuk tahu kebenarannya dan dia tidak mahu namanya dikaitkab dengan kontroversi bersama Aliff kelak.
Bagaimanapun Joanne menjelaskan dirinya telah memaafkan segala perbuatan Aliff itu dan mendoakan yang terbaik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024