Hiburan

"Baru 3 Bulan Dah 3 Kali Jatuh Katil" - Yatt Hamzah Risau Keadaan Anak Bongsu Lebam Muka & Kepala

gempak
Amri Hassan
22/04/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
"Baru 3 Bulan Dah 3 Kali Jatuh Katil" - Yatt Hamzah Risau Keadaan Anak Bongsu Lebam Muka & Kepala
Pelakon Yatt Hamzah meluahkan kerisauan terhadap keadaan anak bongsunya, Hawa, 3 bulan, yang sudah tiga kali jatuh katil.
Kata Yatt, insiden tidak disengajakan itu berlaku ketika dia terlelap selepas menunaikan solat Dhuha pada Selasa.
"Bonda sedih sangat pagi tadi Baby Hawa jatuh lagi kali ketiga.
"Bonda tak sihat lepas Dhuha tadi terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut-denyut.
"Sedar-sedar dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. Allahuakbar anak.
"Mesti sakit sangat tu sebab dia jatuh atas jubin luar dari karpet bulu tebal.
"Macam manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dalam kubu bantal dan quilt. Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh," cerita Yatt.
Namun, Yatt berdepan dilema untuk meninggalkan anak bongsunya tidur di tempat rendah.
"Lepas ni memang kena tidur bawah sapaya tak boleh jatuh. Berguling saja kerjanya walaupun masih bayi.
"Tapi bila baring tidur di bawah kakak-kakaknya pula berlari-lari melompat atas kami.
"Adehlah cabaran anak-anak kecil yang membahagiakan," tambahnya.
Yatt juga meminta doa orang ramai agar tiada kecederaan serius dan insiden sama tidak berulang lagi.
"Mohon semua doakan baby Hawa tak jatuh lagi ya.
"Pagi tadi dia dapat lebam-lebam di bahagian kepala dan mukanya. Cepat-cepat tuam dan sapu dengan minyak.
"Sebak Bonda tengok tak sampai hati. Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya sayang," ujarnya.
Bonda sedih sgt pagi tadi..? Baby Hawa jatuh lg kali ke-3. Bonda tak sihat lepas Dhuha td terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut2. Patut live ngaji mlm td pun xdone nak buat sbb jatuh sakit serentak hp pun problem. Sedar2 dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. ALLAHUAKBAR anak..Mesti sakit sgt tu..Sbb dia jatuh atas jubin luar dr carpet bulu tebal. Mcm manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dlm kubu bantal dan quilt..Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh. Lepas ni mmg kena tidur bawah spaya x boleh jatuh. Berguling aje kerjanya walaupun msh bayi. Tapi bila baring tidur di bawah kakak2nya pula berlari2 melompat atas kami. Adehlah cabaran anak2 kecil yg membahagiakan..????? . Mohon semua doakan baby Hawa x jatuh lg ya. Pagi tadi dia dpt lebam2 di bahagian kepala dan mukanya. Cepat2 tuam dan sapu dg minyak..Sebak Bonda tengok..x sampai hati. ?? Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya syg..Aameen..?❤ . . #SuciHawaZulaikha #baby #LilSuci #theSucis #lilmujahidah #sibibirmerah #LilSuci #Sucino4 #anak #anakBondaYatt #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #bondaYHshare #sharingiscaring #NOCOVID19 #fightcovid19 #GoAwayCovid19 #PKPDAY33 #LOCKDOWN #STAYATHOME #STAYHOME #DUDUKRUMAH #BABYHAWA
A post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024