Baru 3 Hari Buka Instagram, Will Smith Dah Ada 2 Juta Pengikut

Syafiqah Jalal
Disember 17, 2017 04:31 MYT
Aktor Hollywood, Will Smith buat pertama kalinya membuka akaun Instagram (IG) pada Khamis lalu.
Selepas 3 hari akaun itu dibuka dengan 10 entri gambar dan video yang dimuat naik, Will Smith sudah mencapai 2 Juta pengikut dari seluruh dunia.
Entri pertama Will Smith adalah fotonya dengan memek muka ‘duck face’.
Foto itu diambil oleh pengacara Ellen ketika diundang ke program bual bicara hos tersebut.
Ia mendapat 189,000 ‘like’ dan 4700 komen daripada pengikutnya.
Ramai selebriti yang mengucapkan selamat datang ke IG, antaranya Justin Timberlake dan Justin Bieber.
Sumber: The People
#Hollywood #Instagram #Will Smith #Hollywood #IG