Baru 5 Bulan, Barah Otak Ragut Nyawa Anak Pelawak, Hos Nick Cannon
Maliah Surip
08/12/2021 15:25 MYT
08/12/2021 15:25 MYT
Pelawak terkenal Amerika Syarikat berkongsi khabar duka apabila mengumumkan anak lelakinya yang berusia lima bulan telah meninggal dunia.
Anak lelaki hos The America's Got Talent dan Masked Singer US meninggal dunia kerana barah otak.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi program The Nick Cannon Show pada Selasa.
Menggelarkan episod tersebut sebagai ‘keraian hidup’ buat anaknya yang meninggal minggu lalu, Cannon dan pasangannya, Alyssa Scott dimaklumkan bayi mereka menghidap hydrocephalus.
Zen yang lahir pada Jun 2021 kemudian sempat menjalani pembedahan.
Cannon juga mengatakan menyedari sesuatu yang tidak kena terhadap anak bongsunya tersebut sewaktu Zen berusia dua bulan.
Setelah diperiksa, doktor menemukan sesuatu yang tidak kena pada bahagian otak yang akhirnya dikenalpasti sebagai barah otak.
Biarpun telah menjalani pembedahan, barah otak yang dialami Zen tetap ‘berkembang’ dengan
‘Untuk membahagiakan hati mereka, dia membawa anaknya ke tepi pantai buat kali terakhir sebelum Zen menghembuskan nafas terakhir.
Sebaik khabar sedih itu diumumkan, Cannon dibanjiri dengan kata semangat dari rakan artis dan pengguna media sosial.
Cannon mempunyai tujuh anak termasuk Zen dan dua cahayamata hasil perkahwinan terdahulu dengan pesohor Mariah Carey.
Twitter: Nick Cannon
Twitter: Nick Cannon