Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Baru Baik Dari Penyakit…”- Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Ramai Bimbangkan Azhar Osman

Syafiqah Jalal
31/03/2021 00:38 MYT
Bekas penyanyi duo Azhael, Azhar Osman dilihat semakin kurus dan cengkung dalam foto terbaharunya yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini di laman sosial tersebut, Azhar memuat naik wajah dan tubuhnya dari bahagian sisi tanpa memandang kamera.

Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang rata-rata bimbang melihat tubuhnya yang susut.

“Nape adik makin kurus?” tanya salah seorang pengikutnya.

“Azhar apa khabar? Sihat ke?” tanya lagi salah seorang warga maya.

“Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan kepadamu dan selalu memeliharamu di setiap langkah mu,” doa salah seorang netizen.

Azhar yang tidak menulis sebarang kapsyen itu bagaimana pun membalas pertanyaan ramai dengan memberitahu dia baru sahaja baik dari sakit gerd atau reflux.

“Baru baik dari penyakit gerd atau reflux,” jawabnya ringkas.

Sekadar info, Gerd adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Mengenai Azhar, dia kini bergerak solo sejak Hael mengundurkan diri pada tahun 2017.

A post shared by Mohd Azhar bin Osman (@azharosmaan)

#Penyanyi #Sakit #Azhael #Kurus #Azhar Osman #Hael #Gerd
;