Laman Utama

Baru Beli Mercedes Secara Cash, Influencer Muda Mengaku Buat Paid Review Judi Online - “Tapi Saya Tegaskan…”

Izwan Isa
04/12/2023
00:55 MYT
Sejak pempengaruh Nurinlofa berkongsi mengenai kejayaannya membeli sebuah kereta berjenama mewah baru-baru ini, pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dapat dilihat.
Ada yang memberi pujian dan ada juga yang berasa curiga terhadap sumber pendapatan gadis berusia 19 tahun itu.
Hal ini kerana, Nurinlofa didakwa mempromosikan sebuah syarikat judi dalam talian iaitu MZPlay.
Menerusi pendedahan yang dibuat oleh netizen, selain MZPlay, Nurinlofa juga dituduh mempromosikan Winbox, satu lagi aplikasi perjudian.
Selepas tuduhan tersebut viral di media sosial, Nurinlofa dikatakan telah menyahaktif akaun di platform X, sebelum memberi kenyataan tentang tuduhan berkenaan.
“Saya admit memang saya buat paid review gambling, tapi saya tegaskan, saya beli merc bukan dari hasil paid review gambling,” tulisnya.
Terbaharu, pihak polis dikatakan telah menahan tiga wanita dan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam promosi judi haram. Menerusi perkongsian di platform X, ramai yang mengaitkan tentang penahanan tersebut dengan Nurinlofa.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, PDRM berkata, pihak mereka telah menerima sebanyak 38 laporan polis berkaitan dengan penyebaran sebuah video promosi judi online.
“Susulan daripada siasatan yang dijalankan, PDRM telah berjaya mengesan dan menahan lapan individu, terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo atau jurukamera serta produser, pengarah video dalam penggambaran video promosi tersebut.
“Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan penggambaran video tersebut yang diadakan di Ampang dan Hulu Langat, Selangor pada 13 Mac 2021. Kesemua suspek akan direman bagi siasatan lanjut,” ujar kenyataan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dua Lagi Video Promosi Judi Tular, Tiga Individu Ditahan

gempak
20/04/2021
02:44 MYT
Tak habis-habis!
Laman Utama

"Kurang Ajar & Memalukan!" - Ashraf Muslim Kesal Iklan Raya Promosi Judi Online, Gesa Kenakan Tindakan Tegas!

gempak
16/04/2021
06:20 MYT
Tak menjaga sensitiviti agama Islam langsung!