Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Berusia 4 Bulan, Muhammad Bilal Dapat Duit Raya RM14,000! Siap Wang Kertas 1,000 Dirham

Azwa Rahman
09/05/2022 05:39 MYT
Selebriti popular Neelofa mencuri perhatian apabila berkongsi hasil kutipan duit raya yang diperolehi oleh anak lelakinya sepanjang seminggu bulan Syawal berlalu adalah berjumlah RM14,000.

Menerusi platform TikTok, Neelofa dan suami, Muhammad Haris memuat naik sebuah video sewaktu sedang mengira duit raya Muhammad Bilal untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.

“Jadi hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020. Masyallah hebat pada kita lagi,” ujar Haris sewaktu sesi mengira duit raya tersebut.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu lagi menunjukkan Bilal banyak menerima wang kertas RM100 dan RM50 yang disusun mengikut warna.

Lebih istimewa, ada juga tetamu yang memberikan wang dirham berjumlah 1,000 (RM1,192) kepada anak lelaki pasangan tersebut.

@neelofa

♬ Eid Mubarak - Aayat Arif


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat rezeki Bilal yang baru berusia empat bulan itu menerima duit raya berjumlah lima angka.

Dalam pada itu juga, tidak kurang ramai yang mengusik duit raya yang diperolehi Bilal lebih banyak berbanding duit KWSP RM10,000, duit hantaran serta gaji bulanan mereka.

“@Al Wani:Yaa Allah 14k duit raya dia. Rezeki Bilal.”

“@Faiha.Zahra:Kaya-kaya sedara Bilal bagi sume note 50 100 mantap.”

@????????ℎ?????:tu beza duit raya insan biasa dengan insan yang ada pangkat, darjat dan kedudukan baik-baik. Apa pun tetap besyukur sebab Allah bagi nikmat kita beraya. Rezeki Allah.”

“@Haikal Joe:Dia punya duit raya kalah duit orang yang dapat duit KWSP.”

“@??????? ?????? :masyallah saya lock Bilal jadi menantu saya nanti.”

“@bosskurnieboss:mana taknya mak dia pun tak berkira bila memberi, so orang pun tak berkira bila memberi dekat Bilal. Rezeki tak salah alamat.”

“@user9035441785454:Kenapa duit tunjuk.. Tapi Bilal tak tunjuk... Kami nak tengok Bilal la…”

“@Athirah:Lagi banyak dari hantaran aku wey. Alhamdulillah rezeki Bilal.”

Sehingga kini, perkongsian tersbeut telah mencecah hampir 1 juta tontonan oleh warga TikTok.

Sekadar info, Neelofa selamat melahirkan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu.

Dia dan suami yang lebih dikenali sebagai PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

#Neelofa #Muhammad Bilal #Duit raya Bilal
;