Adik lelaki kepada penyanyi dan pengacara popular Ifa Raziah, Mohd Shahiran Mustapha menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Menurut Ifa, pihaknya memanjatkan rasa syukur kerana adik lelakinya itu kini sudah sedarkan diri.

"Mohon tolong doakan adik kandung saya semoga cepat sembuh dari serangan sakit jantung.

"Syukur alhamdulillah baru sebentar tadi adik saya dapat bukakan mata dan tersenyum.

"Sekarang dia menerima rawatan di IJN. Semoga dipermudahkan pada hari Jumaat yang barakan ini," kongsi Ifa menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Salam Jumaat yg Barakah.. ? . . Mohon tolong doakan adik kandung ifa.. Mohd Shahiran Bin Hj Mustapha semoga cepat sembuh dr serangan Sakit Jantung..Syukur Alhamdulillah baru sebentar tadi adik ifa dpt bukakan mata dan tersenyum.. .Skrg ni Iran menerima Rawatan di IJN.. . Semoga dipermudahkan pd Hari Jumaat yg Barakah ini .. Aamin Ya Rabbal Alamin ?

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on


Ifa turut memuat naik foto keadaan adik lelakinya yang berbaju kuning dan sedang terlantar menerima rawatan di pusat perubatan itu.

Simpati atas nasib yang menimpa keluarga Ifa, peminat setianya turut memanjatkan doa agar adik lelakinya itu segera sembuh dan dijauhkan daripada penyakit berbahaya.