Hiburan
Baru Dilancarkan 3 Hari Lalu... Senyuman Ramadan Hael Husaini Raih Lebih 270,000 Tontonan, Panjat Carta Trending YouTube!
Biarpun baru sahaja dilancarkan pada 24 April lalu, lagu terbaru Hael Husaini, Senyuman Ramadan berjaya menjadi bualan orang ramai.
Setakat artikel ini ditulis, Senyuman Ramadan meraih lebih 270,000 tontonan serta berada di kedudukan #16 carta trending di laman YouTube.
Menyedari sambutan Ramadan agak berbeza tahun ini gara-gara pandemik global wabak COVID-19, Hael menyambut bulan mulia ini dengan satu ‘senyuman’ istimewa menerusi single Senyuman Ramadan,
Ia bertujuan menaikkan semangat para muslimin yang berpuasa dalam keadaan yang lebih mencabar tahun ini serta lagu ciptaan Hael dan MFMF turut melambangkan betapa pentingnya sebuah senyuman yang juga dianggap sebagai sedekah di dalam ajaran Islam.
"Lagu ini merupakan lagu yang sesuai untuk menyambut suasana Ramadan dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar yang bakal menjalani ibadah puasa.
"Hael juga berharap supaya lagu ini dapat menceriakan suasana Ramadan dan memberikan aura yang lebih positif untuk semua," kata Feros Sayna selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records.
Lagu Senyuman Ramadan ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Must-Watch Video