Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Dua Bulan Keluar Penjara & Isteri Fail Cerai, Ammar Zoni Ditangkap Kali Ketiga

Maliah Surip
13/12/2023 09:51 MYT
Pelakon Indonesia, Ammar Zoni kembali mengejutkan dunia hiburan tempatan apabila ditangkap pihak berkuasa.

Padahal Ammar baru dibebaskan selepas tujuh bulan ditahan di penjara atas kesalahan dadah.

Kini hanya dalam tempoh dua bulan bebas, pelakon tersebut ditahan kali ketiga atas kesalahan sama iaitu dadah.

Pihak berkuasa mengesahkan telah menahan Ammar bersama beberapa jenis dadah termasuk syabu, ganja dan ubat terlarang dari jenis hexymer.

“Ammar Zoni ditangkap bersama barang bukti iaitu ganja, syabu dan hexymer,” dedah pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.

Lelaki yang sebelum ini mengaku menyesal kerana terlibat dengan dadah ditangkap di Serpong, Tangerang Selatan.

Dia malah sedang berdepan masalah rumah tangga apabila isterinya, pelakon Irish Bella memfailkan cerai selepas sebulan dia keluar penjara.

Irish mengaku antara sebab mahu bercerai dengan lelaki yang dinikahi pada tahun 2019 itu kerana masalah dadah yang dikaitkan dengan Ammar.
#cerai #Penjara #Artis Indonesia #Ammar Zoni #Ditangkap
;