Lagu raya terbaru nyanyian Shiha Zikir, Datuk Jamal Abdillah dan Peja & Friends telah mendapat sambutan hangat dari para peminat.

Ketika dihubungi Gempak, Shiha mendedahkan lagu tersebut merupakan hasil daripada idea Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Lagu ini dihasilkan berdasarkan idea Menteri Besar Perak, apabila beliau sendiri yang menawarkan saya menyanyikan lagu ini, saya tidak teragak-agak lagi untuk menerimanya.

"Tambahan lagi, lagu ini turut menampilkan kerjasama bersama Datuk Jamal, ia menambahkan lagi keterujaan saya untuk menghasilkan lagu raya pertama sepanjang bergelar penyanyi," kata Shiha.



Moh Beraya merupakan hasil gubahan Harry Khalifah dan ditulis oleh Ajimaze.

Tambah Shiha, dia bersyukur kerana lagu tersebut telah trending nombor lapan di YouTube selepas dua hari ditayangkan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana lagu Moh Beraya telahpun telahpun trending nombor lapan di YouTube selepas dimuat naik dua hari lalu.

"Saya selalu membuat persembahan di Ipoh sebelum ini, mungkin dari situ Menteri Besar berminat untuk memilih saya menyanyikan lagu raya ini," katanya lagi.

Moh Beraya juga menyaksikan kerjasama dua label antara Tona Records dan Todak Music.

Jom sama-sama kita saksikan muzik video lagu ini!