,
Laman Utama

Baru Dua Hari, Hantu Bonceng 2.0 Dah Sambar Tangga Pertama Carta Filem Top 5 Astro First

Mya Amri
13/02/2021
08:02 MYT
Baru dua hari ditayangkan, filem Hantu Bonceng 2.0 lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar dan Shiha Zikir telah menduduki tangga pertama carta Top 5 Astro First.
Berita itu diumumkan menerusi posting terbaru di akaun Instagram Astro Shaw dan Astro First.
“Perghhh Hantu Bonceng 2.0 baru masuk carta terus no 1! Terima kasih kepada yang telah menonton,” maklum akaun berkenaan.
Dalam pada itu, carta yang dikemaskini itu menyaksikan Hantu Bonceng 2.0 ditangga pertama diikuti dengan Master, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, Ultraman Taiga dan 10 Tips Tipu Bini.
Dalam pada itu menerusi tinjauan di media sosial juga rata-ratanya memberikan komen positif terhadap filem tersebut.
BACA: “Sumpah Best! Memang Tak Rugi!” – Baru Ditayangkan, Hantu Bonceng 2.0 Penonton Dah Approve!
Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.
Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Hiburan

JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

gempak
05/08/2024
09:25 MYT
Setelah enam tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.
Viral

Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”

gempak
29/07/2024
12:55 MYT
Selepas namanya tersenarai di dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine, pelawak Zizan Razak akui berasa terkejut dengan penangan yang diterima.
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Hiburan

"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

gempak
13/06/2024
02:25 MYT
15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.