Baru Dua Jam Dilancar, Album Belagu Nombor Satu Di iTunes - Dayang Nurfaizah Terharu Sokongan Peminat
Fiza Kamarudin
13/02/2021 13:27 MYT
13/02/2021 13:27 MYT
Album terbaru penyanyi Dayang Nurfaizah, Belagu berada di kedudukan teratas carta iTunes dalam tempoh dua jam selepas ia dilancarkan, semalam (Jumaat).
Sewaktu dihubungi, Dayang menjelaskan dia terharu dengan sambutan hangat diberikan pendengar dan peminat muzik tempatan.
“Dayang diberitahu pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam tadi (Jumaat) dan dua jam selepas itu ia berada di tangga nombor satu di carta album paling laris jualan di Itunes Apple Store.”
“Alhamdullilah! terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini sangat berbaloi.
“Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik,” katanya.
Tambah Dayang, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album Belagu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dayang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian menghasilkan Belagu terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Album Belagu yang menghimpunkan khazanah lagu terbaik tempatan dan nusantara dan diberikan nafas baru oleh Dayang, mula diedarkan semalam.
Belagu menghimpunkan lagu klasik antaranya Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga.
Penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut membuat kemunculan istimewa dengan mendendangkan lagu Gurindam Jiwa secara duet dengan Dayang.
Album Belagu berupa projek khas Dayang yang mana kerja-kerja rakaman dilakukan secara langsung dengan studio khas dibina dalam sebuah gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.
Bagaimanapun persediaan awal dalam merancang rakaman dapat dilakukan dengan sempurna telah berlangsung sepanjang tahun lalu.