Berita

Baru Dua Tahun Kahwin, Pelakon The Sacred Riana, Aura Kasih Minta Cerai Dari Suami

gempak
Maliah Surip
17/12/2020
13:55 MYT
Sponsor Banner
Baru Dua Tahun Kahwin, Pelakon The Sacred Riana, Aura Kasih Minta Cerai Dari Suami
Pelakon filem The Sacred Riana, Aura Kasih dilaporkan meminta cerai dari suaminya, Eryck Amaral.
Menurut laporan Insertlive, pelakon yang kini mempunyai seorang anak perempuan bernama Arabella hasil pernikahan mereka pada tahun 2018 itu sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, hari ini.
Hal itu (fail penceraian) dibuktikan melalui fail yang dibuka atas nama sebenar Aura Kasih iaitu Shaniyanny Febria Wiraatmadja yang meminta diceraikan dari suaminya, Eryck Clecyus.
Ironi, ini bukan kali pertama kisah rumah tangga pasangan itu dilaporkan bergolak sehingga terdengar desas desus mereka akan bercerai.
Malah pada tahun 2019, Aura Kasih sempat didakwa telah berpisah dengan suaminya selepas dia tidak lagi dilihat memuat naik foto foto mesra bersama di akaun Instagram.
Aura Kasih juga 'ditangkap' tidak lagi mengikuti akaun Instagram Eryck.
Pada bulan Ogos lalu, Aura juga sempat menjawab gosip mengenai dirinya dan suami sudah bercerai selepas keduanya tidak bertemu selama lebih lima bulan.
Waktu itu, perempuan berusia 33 tahun tersebut menepis dakwaan mereka telah bercerai dengan mengatakan kehidupan rumah tangganya harmoni.
Kredit Foto: Bridestory Instagram: @aurakasih
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live