gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hubungan Bersama Fify Azmi Sudah Berakhir, Ini Respon Niezam Zaidi
HIBURAN
Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Belanja Nyanyi Lagu, Netizen Tekejut Dengan Imej Baru - “Sedap Suara…”
BERITA
Wanita Penuntut Universiti Di Cyberjaya Mati Dibunuh, Disamun - KPD Sepang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Baru Episod Pertama, Sihir Dah Ada #TeamNuh & #TeamHud

Mya Amri
Mya Amri
02/11/2021
14:15 MYT
Sponsor Banner
Baru Episod Pertama, Sihir Dah Ada #TeamNuh & #TeamHud
Episod pertama drama Sihir lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem nampaknya berjaya memikat hati penonton.
Buktinya, walaupun baru sahaja episode pertama ditayangkan semalam warganet sudah mula membuat hashtag #TeamNuh dan juga #TeamHud.
Watak Nuh, lakonan Kamal Adli mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud lakonan Hun Haqeem pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.
Menerusi tinjauan di platform media sosial Twitter, rata-rata netizen juga menunjukkan rasa puas hati dengan jalan cerita Sihir dan juga keserasian lakonan antara Hun bersama Kamal.
Hun menerusi akaun Twitternya juga turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikan sokongan terhadap Sihir.
Sihir merupakan idea asal yang diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan serta Mamu Vies.
Drama rantaian Sihir juga adalah sebuah naskhah asal terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd mengisahkan tentang perkara syirik seperti amalan sihir dan santau yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu.
Selain Kamal Adli dan Hun, Sihir turut dibintangi dengan kehadiran nama-nama popular antaranya Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah dan Dilla Ahmad.
Saksikan Sihir setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam secara ekslusif bermula hari ini di saluran Astro Ria (104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Sihir turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Sinopsis:
Drama 20 episod ini menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.
Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.
Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.
Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.
Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
#Kamal Adli
#Astro Ria
#Sihir
#Hun Haqeem
#Drama melayu
#Drama Sihir
#Team
#TeamHud
#TeamNuh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement