Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Je Kahwin, Lepas Tu Kena Berhenti Kerja Selepas Industri Tourism Makin Tenat… Pemuda Ini Bangkit Untuk Sara Keluarga!

Azwa Rahman
01/06/2020 12:20 MYT
Sejak penularan pendemik COVID-19 di seluruh dunia, industri pelancongan merupakan antara yang terjejas teruk.

Bagi seorang ‘tour leader’ agensi pelancongan terkemuka, Mohamad Redzuan Nordin atau lebih dikenali sebagai Redzuan, dia merupakan salah seorang yang hilang pekerjaan selepas wabak tersebut melanda.



“COVID-19 sangat memberi impak pada agensi pelancongan dari segi perhotelan dan penerbangan kerana tiada orang yang berani untuk bercuti di dalam dan luar negara.

“Sewaktu mendapat surat pemberhentian kerja waktu itu, saya amat sedih kerana ia melibatkan semua kakitangan,” ujar Redzuan ketika dihubungi Gempak.

Baru mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta Siti Harain, Redzuan perlu meneruskan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan bagi meyara keluarga.



“Selepas diberhentikan kerja, saya terus mendaftarkan diri sebagai runner penghantaran makanan.

“Sekarang saya bekerja sebagai penghantar Grab Food dan runner sambilan untuk penghantaran kimchi,” ujar pemuda berusia 37 ini lagi.

Tidak mahu mereka yang hilang punca pendapatan untuk berputus asa, Redzuan yakin rezeki Allah ada di mana-mana.



“Sekiranya mereka di luar sana mengalami nasib yang sama seperti saya, buat sahaja dulu kerja-kerja sebagai runner daripada duduk sahaja.

“Kalau ada bakat terpendam dari segi memasak, boleh juga di menjual makanan mereka sewaktu PKP ini,” kata Redzuan memberikan semangat.



Kepada mereka yang terjejas dan hilang pekerjaan, Gempak doakan agar anda semua terus kuat meneruskan hidup dan dipermudahkan urusan mencari rezeki.


#Pelancongan #Runner #PKPB
;