Baru Je Nak Susukan Anak, Wanita Ini Terus Kena Halau! Pemilik Restoran ‘Naik Hantu’ Ke?
Seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila tindakan untuk menyusukan bayi di sebuah restoran membuatkan pemiliknya ‘naik hantu’.
Difahamkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah restoran yang terletak di Anacortes, Washington.
Menurut laporan India.com. ketika kejadian, Ruby dan suaminya tiba di restoran untuk menikmati makan malam.
Walau bagaimanapun, anak lelaki mereka yang baru berusia tiga hari secara tiba-tiba merengek berkemungkinan sedang kelaparan.
Tidak mahu bayi tersebut menangis, Rubu kemudian mula menyusukannya.
"Ketika menyusukan Rhett, saya menutupnya dengan kain dan kami duduk menghadap dinding," kata Ruby.
Namun menurutnya, secara tiba-tiba pemilik restoran tersebut terus menuju ke meja mereka dan menghalau tiga beranak berkenaan.
Menurut Ruby, pemilik tersebut tidak memberi apa-apa penjelasan, namun sempat memberi amaran supaya tidak kembali ke restoran itu.
Biarpun telah keluar dari premis dan pulang ke rumah, isu terbabit tidak berakhir di situ apabila suami Ruby meninggalkan ulasan dalam talian terhadap layanan restoran tersebut.
Paling mengejutkan, pemilik restoran itu dikatakan membalas ulasan berkenaan dan menggelar isterinya sebagai ‘haiwan’.
Pada masa sama individu berkenaan turut menghina bayi pasangan itu.
Insiden tersebut mula mendapat perhatian ramai dan sehingga kini muncul beberapa komuniti golongan ibu berusaha untuk mempertahankan hak Ruby.
Tidak kurang juga yang menuduh pemilik restoran tersebut sebagai ‘racist’.
Sumber : India.com