Baru beberapa hari menurun, jumlah kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan.

Menerusi data dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 3,175 kes dilaporkan hari ini.

Jumlah berkenaan dilihat meningkat jika dibandingkan semalam iaitu hanya sekitar 2,641 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,792,035 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya di Twitter, hari ini.