Pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Intruder.

Melihat pada poster filem itu sahaja sudah cukup membuatkan peminat tidak sabar untuk menonton lakonan Ji Hyo.


Ramai yang memuji hasil kerja poster Intruder yang berjaya membuatkan peminat tertanya-tanya dengan kehebatan jalan cerita filem berkenaan.

“Tak sabarnya tunggu filem ni sebab ada Song Ji Hyo” – komen @masha

“Wow! Tengok pada poster pun macam dah dapat rasa filem ni hebat!” tulis @yunjae82

Selain Ji Hyo, filem bergenre thriller dan misteri ini dibintangi juga dibintangi oleh aktor Kim Moo Yeol.

Intruder bakal menemui penonton pada 1 Mac depan.

Intruder mengisahkan tentang Yoo Jin (Song Ji Hyo) yang pulang ke rumah selepas 25 tahun menghilang.

Bagaimanapun selepas kepulangan Yoo Jin, keluarganya mula mengalamai pengalaman pelik dan menakutkan.

Abang Yoo Jin, Seo Jin (Kim Moo Yeol) yang perasan dengan perubahan tersebut mula menyiasat kisah silam adiknya.