Laman Utama
“Baru Keluar Tiga Minit, Macam Nak Meletup Dada Mommy” – Anak Lan Solo Dahi Koyak Terhantuk Bucu Pintu
Penyanyi Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim berdepan saat cemas selepas anak sulung mereka, Nur Amna Qaleesya, 11, mengalami kecederaan di bahagian dahi.
Sheila memaklumkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka suami isteri baru sahaja bertolak untuk menghadiri program GegarVaganza 8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Menurut Sheila, dia mendapat panggilan telefon daripada orang tuanya yang memaklumkan Amna mengalami kecederaan akibat terhantuk bucu pintu.
“Al-kisah malam tadi... Mommy dan daddy dah keluar rumah nak ke PICC untik ke GV. Baru keluar dalam 3 minit, nenek telefon minta patah balik sebab dahi Kak Long koyak katanya.
“Macam nak meletop dada mommy… sepanjang nak patah balik tu rasa lambat naw lampu tu nak hijau!
“Siap sempat la mommy playback cctv. Jadi nampak lah punca kejadian. Terhantuk bucu pintu kaedahnya.
“Adoi lah anak, begitulah sementara nak besar kan. Nampak gayanya macam minggu depan jelah mommy daddy ke PICC ya,” coretnya.
Dalam pada itu, Lan menerusi akaun Instagramnya juga memaklumkan kali terakhir Amna mengalami kecederaan sehingga koyak di bahagian dahi adalah pada umur tiga tahun.
“Terhantuk dekat pintu… Terus masuk kereta, tekan minyak sampai habis terus sampai hospital. Kali terakhir koyak umur 3tahun. Sekarang dah 11 tahun… Koyak lagi, harap-harap tak ada yang serius. Oh anak…” coretnya.
Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Must-Watch Video