Laman Utama

“Baru Lima Bulan Dah Naik 15 Kg…” – Dugaan Hamil, Izreen Azminda Syukur Tak Ada Kencing Manis

gempak
Mya Amri
11/05/2021
07:15 MYT
Sponsor Banner
“Baru Lima Bulan Dah Naik 15 Kg…” – Dugaan Hamil, Izreen Azminda Syukur Tak Ada Kencing Manis
Pelakon Izreen Azminda akui berat badannya naik mendadak ketika hamil anak ketiga.
Izreen berkongsi pergalaman kehamilannya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun kata Izreen dia memanjatkan rasa syukur kerana menghidap penyakit kencing manis sejak mengandungkan anak pertama lagi.
“Mommy-mommy saja kami nak tanya. Ampa semua masa mengandung berapa kg ampa naik dari berat badan ampa.
“Macam kami berat asai 50 ke 53kg tapi kalau mengandung… Uish bukan kaleng-kaleng naik dia. Anak pertama 85kg, anak kedua 83kg.
“Anak ketiga ni baru lima bulan dah naik 15kg okay… Cuma nasib kami baik sikit kami tak pernah ada kencing maneh sepanjang pregnancy. Kali ni tak tahu lah. Harap clean lah sampai habeh,” coretnya
Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemain muzik, Ude Wahid pada Ogos 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim, 2.
Sebelum ini, Izreen telah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhamad Adrian Umar, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024