Laman Utama
Baru Lima Hari Ditayangkan, Semakin Ramai Penonton Puji Filem Seandainya Kau Ada
Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada memasuki hari kelima tayangan di Astro First (saluran 480) hari ini.
Filem pertama arahan pengarah yang telah mengarah ratusan drama dan telefilem ini semestinya digemari ramai penonton tempatan.
Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, antara aspek yang dipuji netizen adalah sinematografi dan jalan cerita.
Advertisement
"Korang dah tengok belum Seandainya Kau Ada? Tengok lah sinematografi dia lawa gila okay," tulis @notabada4s.
"Tak nak emosi sorang, korang pun mesti juga tengok movie ni di Astro First, macam-macam perasaan ada lepas tengok tau," tulis @Xyrx_.
"Nak cerita banyak pun nanti tak best jugak, so korang langgan lah cepat and tengok macam mana jalan cerita dia," tulis @ell0nick.
Filem adaptasi novel Seandainya Kau Ada karya Kamsiah Abu ini dibintangi oleh Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Aidit Noh, Ruhainies, Fauziah Nawi, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Apa yang pasti, penceritaan Seandainya Kau Ada memaparkan pengorbanan disulami elemen cinta berkonsepkan Islamik.
Jangan lupa saksikannya menerusi Astro First (saluran 480), ia juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video