Baru Menang Beberapa Hari, Altimet Dah Terima Pelbagai Aduan Daripada Rakyat

Izwan Isa
Ogos 14, 2023 00:50 MYT
Tidak sampai tiga hari memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Altimet sudah pun menerima pelbagai permintaan daripada rakyat.
Menerusi laman X, beberapa hantaran telah di balas oleh Altimet, antaranya, pertanyaan tentang masalah air yang berlaku di Taman Kosas, Ampang.

Maklum. Sdg kerjasama dgn pegawai Air Selangor utk Tmn Kosas. https://t.co/1D5lnP5zXh

— Altimet.eth (@altimet) August 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Taman Kosas tiada air, kasi adjust sikit,” tulis seorang pengikutnya.
Altimet kemudian membalas: “Maklum, sedang kerjasama dengan pegawai Air Selangor untuk Taman Kosas,” katanya.
Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pengguna platform X agar kekerapan bas awam ditambah.
“Tolong tambah baik frequency bas RapidKL untuk laluan Lembah Jaya Utara. Amat-amat diperlukan,” kata individu berkenaan.

Siap. Diusahakan. https://t.co/TDkQlQfwzs pic.twitter.com/BV3oo3JsCQ

— Altimet.eth (@altimet) August 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Altimet membalas hantaran tersebut dengan berkata: “Siap. Diusahakan,” katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan yang Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 45, sedang membuat perancangan, mengumpul maklumat dan menyusun atur semula pasukan untuk bersiap sedia bekerja selepas majlis angkat sumpah sebagai wakil rakyat nanti.
Altimet menawan kerusi itu dengan memperoleh 26,298 undian menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,620 undi.
Menerusi kemenangan tersebut, Altimet menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.
BACA: PRN: Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN Dengan Majoriti 6,678 Undi​
#Altimet #PRN